Tuesday, November 10, 2009

REMAJA TRONOH92' MENGUNDUR DIRI MENUBUHKAN TRONOH 04'




Untuk makluman pembaca blog ini, remaja tronoh92 iaitu nama barunya tronoh04' telah menarik diri daripada pasukan sekitar tahun 2004 dimana atas dasar tidak dapat kepercayaan pengurus dan jurulatih pasukan. Memang lumrah manusia ada lebih ada kurang tetapi saya sebagai menulis blog ini tidak berpihak kepada sesiapa. Pengurus dan jurulatih ada alasannya yang tersendiri manakala pemain ada keinginan yang tersendiri. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang ingin penulis katakan ialah tepuk dada tanya selera.
Setiap pengurus ada keinginan tersendiri iaitu ingin menempa kejayaan jesteru dengan itu byk pemain import telah dimasukkan dalam pasukan tronoh92' maka dengan itu secara tidak langsung menutup keinginan pemain muda untuk beraksi. Itu yang pemain tempatan atau anak jati tronoh rasakan tetapi hakikatnya apakah yang pengurus dan jurulatih inginkan? tepuk dada tanya selera... Penulis pernah jadi pemain dan penulis ksj juga sekarang menjadi jurulatih dan pengurus pasukan. tahulah penulis akan kedua-duanya.. Apa yang penulis 'ksj' inginkan ada memartabatkan nama ........TRONOH............Tidak kisahlah tronoh92' atau tronoh04' janji remaja dan penduduk tronoh hidup aman damai dan hidup sepakat....Insyallah.....