Wednesday, December 2, 2009

SEJARAH PENGARANG tronoh92.blogspot.com






Dilahirkandi Hospital Besar Ipoh pada 9 March 1978. Anak ke2 dari 3 beradik hasil dari penyatuan Hj Abd Rahman B Rajab dan Hjh Aminah Bt Mohd Noor. Pengarang adalah anak tunggal lelaki dan seorg yang lasak dari segi mental dan fizikal.

Berusia 10 tahun telah mewakili SRK Tronoh (depan balai) dalam acara bola sepak bawah 12 tahun. Pada tahun 1988/89 telah dianugerahkan pemain pertahanan terbaik perikkat sekolah dan pada tahun yang sama SRK Tronoh telah mendapat tempat ke3 peringkat sek-sek daerah kinta zon 2. Masih ingat lagi kekalahan keatas sys 1-0 atas kesilapan menjaringkan gol sendiri (kalau taksalah jaringan gol sendiri Atan Mamak atau R. Amparasu kalau tak salah lah).

Pada tahun 1989/90, SRK Tronoh telah menjadi tuan rumah. Peluang ada di depan mata, SRK Tronoh menjadi juara antara Sek-sek daerah Kinta dan aku telah terpilih mewakili daerah kinta ketika berumur 12 tahun. Aku bermain di posisi pertahanan kiri.Pada tahun yang sama juga aku juga telah menjuarai pertandingan sepak takraw daerah kinta dan juga telah mewakili daerah dalam sukan sepak takraw.

Pada 1990/91 aku tidak mewakili sekolah aku tapi pada tahun 1992 aku mewakili sekolah menengah ke kejohanan bola sepak antara sek-sek.Pada tahun 1994 aku mula bermain di posisi Goalkeeper, SMT Tronoh tidak pernah menang sehinggalah pada tahun 1994 aku telah dipilih menjadi goal keeper daerah kinta sehingga tahun 1995.


Pengalaman aku menjadi Goalkeeper mmg banyak. Beberapa kali aku mengikuti pemilihan di peringkat negeri. Pernah menjadi 10 goalkeeper terbaik dalam pemilihan goalkeeper perak dalam Liga Malaysia tetapi tiada nasib. Pernah mengikuti pengalaman kursus dan klinik Goal Keper bersama Karl Heng Wegang, Rashid Hassan dan jurulatih perak. Banyak liga yg aku masuk seperti 1998- Team TKN Ipoh, 1999- Team PCRC Ipoh dan 2004 - Keadilan Manjoi, 1998 - Team Seragol/Semanggol FC (Naib Johan Devisyen 1 Taiping) dan 2002 - Team Majlis Perbandaran Kulim, Kedah dan byk lagi.

Aku menimba ilmu dan pengalaman kebanyakannya bukan dari team aku sendiri Tronoh FC tetapi byk joint team luar dan sering memasuki liga-liga Utara perak meski pun aku dudukdi Tronoh. Saat yang paling manis ialah aku telah di pilih menjadi goalkeeper paling cemerlang di daerah kerian. Byk kawan-kawan tak tahu aku 2 musin mewakili daerah Kerian dalam acara bolasepak dalam kejohanan daerah Perak. Hanya sulaiman (Rumah Murah) sahaja yang tahu sebab aku pernah bawa di joint team aku di daerah kerian.....

SEJARAH PENGARANG tronoh92.blogspot.com


Dilahirkandi Hospital Besar Ipoh pada 9 March 1978. Anak

CADANGAN LOGO PASUKAN 2012